Skip to content

Seksyen 26

Perakuan pengamalan pengamal berdaftar

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 26 of 63
Seksyen 26
(1)

Pengamal berdaftar tidak boleh mengamal bidang amalan diiktiraf kecuali jika dia memegang perakuan pengamalan yang sah dan berkuat kuasa.

(2)

Pengamal berdaftar hendaklah membuat permohonan perakuan pengamalan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan.

(3)

Perakuan pengamalan hendaklah sah untuk tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh pengeluaran dan hendaklah mengandungi suatu nombor rujukan huruf-angka yang unik.

(4)

Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar pengamal berdaftar yang perakuan pengamalan telah dikeluarkan kepadanya.

(5)

Segala preskripsi, laporan atau rujukan yang dihasilkan, dibuat atau dikeluarkan oleh pengamal berdaftar kepada seseorang pesakit atau mana-mana pihak ketiga sebagai wakil pesakit hendaklah mengandungi tandatangan pengamal berdaftar itu dan nombor pendaftaran perakuan pengamalannya.

(6)

Permohonan pembaharuan perakuan pengamalan tahunan hendaklah dibuat kepada Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh luputnya dalam borang yang ditetapkan bersama dengan membayar fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 775

(7)

Semua perakuan pengamalan hendaklah dipamerkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan di tempat pengamal berdaftar mengamal.