Seksyen 11
Pendaftaran petunjuk geografi homonim
of Akta Petunjuk Geografi 2022
ActIn forceProvision 11 of 101
Seksyen 11
(1)
Walau apa pun subseksyen 10(2), Pendaftar boleh mendaftarkan suatu petunjuk geografi yang merupakan suatu petunjuk geografi homonim berhubung dengan suatu petunjuk geografi terdahulu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Pendaftar boleh mendaftarkan petunjuk geografi homonim itu dengan syarat yang praktik bagi membezakan petunjuk geografi homonim itu dengan petunjuk geografi terdahulu sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada semua pihak yang berkenaan dan orang awam tidak akan dikelirukan.