Akta Petunjuk Geografi 2022 · Updated to 16 Mar 2022 · Bahagian XI · Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan
69. Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada Pendaftar
Feedback & supportSuatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi atau suatu petunjuk geografi berdaftar dalam prosiding termasuk suatu rayuan daripada permohonan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar oleh pihak-pihak
Undang-Undang Malaysia 68
kepada permohonan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Apabila sesalinan permohonan termasuk suatu rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau petunjuk geografi berdaftar itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, suruhan, perintah atau penghakiman lanjut mahkamah.
Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk suatu rayuan yang difailkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.
Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3)
diterima, jika difikirkan oleh Pendaftar bahawa publisiti harus diberikan dalam menguatkuasakan perintah atau penghakiman mahkamah itu, Pendaftar boleh membuat suatu penyiaran yang berhubungan dengan penguatkuasaan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.