Skip to content

Seksyen 79

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 79 of 101

Seksyen 79

(1)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan suatu petunjuk geografi—

(a)

yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau kemoralan di Malaysia;

(b)

yang tidak atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

(c)

berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum bagi barang atau perkhidmatan itu di Malaysia;

Petunjuk Geografi 75

(d)

yang sama dengan nama lazim bagi suatu jenis anggur yang wujud di Malaysia mulai 1 Januari 1995, yang berkenaan dengan hasil pokok anggur daripada jenis anggur itu; atau

(e)

yang tidak berdaftar di bawah Akta ini, dan yang tidak lagi digunakan di negara atau wilayah asalnya.