Skip to content

Seksyen 29

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 29 of 101

Seksyen 29

(1)

Apa-apa perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini untuk dilakukan oleh atau kepada seseorang yang berkaitan dengan permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi, atau apa-apa tatacara yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi berdaftar, boleh dilakukan oleh atau kepada seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar yang diberi kuasa sewajarnya oleh orang itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Seseorang yang tidak menetap atau menjalankan perniagaan utamanya di Malaysia hendaklah melantik dan memberi kuasa kepada seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar untuk bertindak baginya bagi maksud pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana tatacara yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(3)

Apabila dilantik dan diberi kuasa oleh orang itu untuk bertindak baginya di bawah subseksyen (2), seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar yang dilantik dan diberi kuasa untuk bertindak bagi orang itu hendaklah, melainkan jika ditamatkan oleh orang itu atau terhenti untuk bertindak bagi orang itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

terus menjadi ejen orang itu; dan

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 836

(b)

bertanggungjawab bagi segala perbuatan, perkara dan benda yang dikehendaki untuk dilakukan oleh orang itu di bawah Akta ini.

(4)

Jika seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar yang bertindak bagi seseorang berniat untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang itu—

(a)

ejen petunjuk geografi berdaftar itu hendaklah memfailkan suatu notis niat untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang itu dengan Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan; dan

(b)

ejen petunjuk geografi berdaftar itu hendaklah memberitahu orang itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(5)

Ejen itu hendaklah terhenti menjadi ejen bagi orang itu apabila Pendaftar berpuas hati bahawa ejen itu telah mematuhi subseksyen (4).