Seksyen 15
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Seksyen 15
Seseorang pemohon boleh, sebelum pendaftaran suatu petunjuk geografi, meminda atau menarik balik permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografi di bawah seksyen 8 dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Apa-apa pindaan kepada suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat berhubung dengan perkara sebagaimana yang ditetapkan dan tidak boleh menyentuh identiti petunjuk geografi itu secara substansial, atau memperluas perihalan barang yang diliputi oleh permohonan itu.
(3)
Jika pemohon itu menarik balik permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografinya setelah penyetujuterimaan telah disiarkan di bawah subseksyen 14(1), notis penarikan balik permohonan itu hendaklah disiarkan.
Petunjuk Geografi 27
(4)
Pemohon tidak boleh membatalkan permohonan bagi penarikan balik di bawah subseksyen (3) jika permohonan bagi penarikan balik itu telah diberikan kesan oleh Pendaftar.