Skip to content
In forceUpdated to 16 Mar 2022Read it in English

Bahagian XII · Perlindungan bagi Petunjuk Geografi

78. Petunjuk geografi homonim

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi homonim boleh memulakan prosiding Mahkamah terhadap mana-mana orang kerana melakukan apa-apa perbuatan di bawah seksyen 77.

(2)

Mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi homonim boleh, jika tiada syarat yang praktik berkenaan dengan petunjuk geografi homonim yang telah dikenakan oleh Pendaftar di bawah seksyen 11, memohon kepada Mahkamah bagi suatu pengisytiharan syarat yang praktik yang di bawahnya petunjuk geografi homonim itu boleh dibezakan antara satu sama lain, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada pihak yang berkepentingan yang berkenaan dan bahawa orang awam tidak dikelirukan.

Report

Bahagian XIII

Kecualian

Bahagian XIV

Pelbagai dan Am

Bahagian XV

Schedules