Seksyen 10
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008
Seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 9(l)(f) hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, dan adalah layak untuk dilantik semula mengikut budi bicara Perdana Menteri.
(2)
Pelantikan mana-mana anggota di bawah perenggan 9(l)(f)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Perdana Menteri, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(3)
Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 9(1)(f)
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 687