Seksyen 13
Saraan atau elaun
of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008
ActIn forceProvision 13 of 52
Seksyen 13
(1)
Maka bolehlah dibayar kepada anggota Pihak Berkuasa, termasuk anggota silih ganti, apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.
(2)
Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen 9(5) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.