Skip to content

Seksyen 18

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 18 of 52
Seksyen 18
(1)

Pihak Berkuasa hendaklah memberi Perdana Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh

Perdana Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Pihak Berkuasa sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, dalam masa enam bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Perdana

Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Perdana Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.

(3)

Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 27