Skip to content

Seksyen 16

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 16 of 52
Seksyen 16

Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), menentukan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan di dalam Negeri-negeri yang berkaitan yang di dalamnya Pihak

Berkuasa hendaklah melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu secara kolektif hendaklah dikenali sebagai “Wilayah Ekonomi Koridor Utara”;

(a)

Pihak Berkuasa Negeri Perlis, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Perlis;

(b)

Pihak Berkuasa Negeri Kedah, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Kedah;

(c)

Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang; dan

(d)

Pihak Berkuasa Negeri Perak, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Perak.