Skip to content

Seksyen 13

Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa

of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 13 of 41
Seksyen 13
(1)

Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kecuali kuasa membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

Pengerusi;

(b)

seseorang anggota Pihak Berkuasa; atau

(c)

suatu jawatankuasa.

(2)

Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau suatu jawatankuasa mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa tersebut terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak

Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 738