Medical Device Authority Act 2012 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa
15. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Feedback & support(1)
Pihak Berkuasa hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan ulasan dan dasar Pihak Berkuasa dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.