Seksyen 21
Pengambilan khidmat
of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, menerima ke dalam pengambilan khidmatnya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam pengambilan khidmat atau perkhidmatan Biro Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan,
Malaysia dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Pihak Berkuasa.
(2)
Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Pihak Berkuasa hendaklah diambil khidmat oleh Pihak Berkuasa atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(3)
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Pihak Berkuasa, skim dan terma dan syarat perkhidmatan termasuk undang-undang yang terpakai bagi kelakuan dan tatatertib pekerja Kerajaan hendaklah, secara mutatis mutandis terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil khidmat oleh Pihak
Berkuasa di bawah subseksyen (1).
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 21
(4)
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.