Skip to content

Seksyen 22

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 22 of 41
Seksyen 22
(1)

Jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding tatatertib belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaan yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan Pihak Berkuasa, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Pihak

Berkuasa, dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah seksyen ini.

(2)

Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Pihak Berkuasa menurut seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja Kerajaan itu sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan

Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam pemakaiannya kepada pekerja Kerajaan itu jika perlu bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 738