Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English

Bahagian V · Kewangan

26. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Pihak Berkuasa setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan termasuklah perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 25

Report