Skip to content

Seksyen 32

Akaun dan laporan

of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 32 of 41
Seksyen 32
(1)

Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Pihak Berkuasa yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktiviti.

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya penyata akaun itu diaudit oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh Pihak

Berkuasa.

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

(4)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.

Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan