Skip to content

Seksyen 1

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 1 of 91

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Probet dan Pentadbiran 1959, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi bermulanya kuatkuasa Akta ini dalam Negeri yang berlainan; dan dalam hal Sabah dan Sarawak, dia boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(2)

Dalam menjadikan Akta ini berkuatkuasa di Sarawak Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian kepadanya sebagaimana yang difikirkannya perlu disebabkan oleh apa-apa ubahsuaian yang dibuat kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, di bawah seksyen 1(2) Akta itu.