Seksyen 78
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 78
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang sebagai Pegawai Pentadbir Pusaka, Malaysia dan sekian bilangan orang yang difikirkan olehnya layak sebagai Timbalan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Kanan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Pegawai Pentadbir Pusaka dan Pegawai-Pegawai Amanah, bagi harta orangorang yang mati, dan boleh menentukan had yang dalamnya seseorang Timbalan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Kanan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pegawai Amanah hendaklah menjalankan dan melaksanakan kuasa dan tugastugasnya.
(2)
Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya boleh memohon untuk mendapatkan apa-apa pemberian atau perintah yang Mahkamah diberikuasa untuk membuat.
(3)
Seseorang Timbalan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Kanan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pegawai Amanah hendaklah mempunyai dan bolehlah menjalankan segala kuasa Pegawai Pentadbir Pusaka dalam had yang ditentukan bagi pegawai sedemikian di bawah subseksyen (1), tetapi hendaklah bertindak di bawah kawalan dan pengawasan am Pegawai Pentadbir Pusaka.