Skip to content

Seksyen 39

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 39 of 91

Seksyen 39

(1)

Jika seseorang itu mati tak berwasiat harta alih dan harta tak alihnya hendaklah terletakhak pada Pegawai Pentadbir Pusaka mengikut cara yang sama dan setakat yang sama sebagaimana ia terletakhak pada Hakim Probet di England, sehingga pentadbiran diberikan berkenaan dengannya.

(2)

Apabila suatu perintah pemberian pentadbiran dibuat oleh Mahkamah, semua harta sedemikian hendaklah terletakhak pada pentadbir.