Skip to content

Seksyen 67

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 67 of 91

Seksyen 67

(1)

(a) Harta seseorang orang sudah mati, setakat kepentingan benefisialnya mengenai harta itu, dan harta yang dilupuskan oleh si mati melalui wasiatnya menurut apa-apa kuasa am, adalah aset bagi pembayaran hutang dan liabilitinya, dan apa-apa pelupusan melalui wasiat yang tak konsisten dengan Akta ini adalah tak sah berbanding dengan pemiutang-pemiutang; dan Mahkamah hendaklah, jika perlu, mentadbirkan harta itu bagi maksud pembayaran hutang dan liabiliti.

(b)

Subseksyen ini adalah berkuatkuasa tanpa memudaratkan hak pembeban-pembeban.

(2)

Jika mana-mana orang yang diturunkan kepadanya atau diberikan apa-apa kepentingan benefisial, atau yang terletakhak padanya apa-apa kepentingan sedemikian, melupuskannya dengan suci hati sebelum suatu tindakan dibawa atau suatu proses dikeluarkan terhadapnya, dia hendaklah bertanggungan sendiri bagi nilai kepentingan yang dilupuskan sedemikian olehnya, tetapi kepentingan itu tidak boleh diambil sebagai pelaksanaan dalam tindakan atau di bawah proses itu.