Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian X · Pelbagai
141. Bank tidak terikat untuk mengambil perhatian akan hak terhadap akaun peguam bela dan peguam cara
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen ini, tiada bank, berkenaan dengan apa-apa transaksi yang berhubungan dengan akaun peguam bela dan peguam cara yang disimpan dengannya atau dengan mana-mana bank lain (selain suatu akaun yang disimpan oleh peguam bela dan peguam cara sebagai pemegang amanah bagi benefisiari tertentu)
mempunyai apa-apa tanggungan atau pun berkewajipan membuat apa-apa siasatan, atau disifatkan mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai apa-apa hak mana-mana orang ke atas apa-apa wang yang dibayar atau dikreditkan pada mana-mana akaun itu, iaitu tanggungan yang dia tidak akan lakukan atau kewajipan yang dia tidak akan ada
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
atau pengetahuan yang dia tidak akan disifatkan ada dalam hal suatu akaun yang disimpan oleh seseorang yang berhak secara mutlak kepada semua wang yang dibayar atau dikreditkan padanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh melepaskan sesuatu bank daripada apa-apa tanggungan atau kewajipan yang di bawahnya ia akan bertanggungan di bawah seksyen 93 atau seksyen ini.
Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu bank yang peguam bela dan peguam cara menyimpan suatu akaun bagi wang kliennya tidak boleh, berkenaan dengan apa-apa tanggungan peguam bela dan peguam cara itu kepada bank itu, iaitu bukan tanggungan berkaitan dengan akaun itu, telah atau mendapatkan apa-apa pertolongan atau hak, sama ada dengan cara tolakan, tuntutan balas, pertanggungan atau selainnya, terhadap wang yang ada dalam kredit akaun itu.