Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian X · Pelbagai
137. Lembaga dan Badan Peguam hendaklah menyenggara suatu pejabat
Feedback & support(1)
Lembaga dan Badan Peguam Malaysia setiap satu hendaklah pada setiap masa mengadakan dan menyenggarakan suatu pejabat dan masing-masingnya hendaklah menyiarkan dalam Warta alamat pejabat itu dan apa-apa pertukaran alamat itu.
(2)
Semua writ, plaint, notis, pliding, perintah, saman, waran atau perhubungan bertulis yang lain yang dikehendaki atau dibenarkan atau diperintah supaya disampaikan atau diserahkan atau dihantar kepada
Lembaga atau Badan Peguam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan, diserahkan atau dihantar dengan sempurna jika ditinggalkan di pejabat Lembaga atau Badan Peguam Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.