Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara
112. Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membeli kepentingan klien
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, tiada seorang pun, peguam bela dan peguam cara boleh—
membeli atau bersetuju membeli sama ada secara langsung atau tidak langsung sesuatu kepentingan atau apa-apa bahagian daripada kepentingan itu yang merupakan hal perkara kliennya atau hal perkara pihak yang satu lagi dalam guaman, tindakan atau prosiding bertikaian lain yang sama yang dibawa atau hendak dibawa atau disenggarakan; atau
membuat apa–apa perjanjian yang dengannya dia ditempah atau diguna khidmat untuk menjalankan apa-apa guaman atau tindakan atau prosiding bertikaian lain yang mensyarat atau mencadangkan pembayaran hanya jika guaman, tindakan atau prosiding itu berjaya.
Profesion Undang-Undang 151
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengesahkan di sisi undang-undang apa-apa pembelian atau perjanjian yang dilarang oleh subseksyen (1) atau apa-apa pelupusan, kontrak, penyelesaian, pindahan, penyerahan, urusan atau pindah milik yang tidak sah terhadap—
Ketua Pengarah Insolvensi di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;
seseorang penyelesai atau penerima di bawah undang-undang yang berhubungan dengan penggulungan syarikat; atau
pemiutang dalam apa-apa komposisi.