Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian III · Sijil Amalan

29. Peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat akuan pada tiap-tiap tahun

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah dalam setiap tahun sebelum dia melakukan apa-apa perbuatan atas sifat seorang peguam bela dan peguam cara menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada Pendaftar:

(a)

suatu akuan secara bertulis menyatakan—

(i)

nama penuhnya;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(ii)

nama yang dia menjalankan amalan atau nama peguam bela dan peguam cara atau firma peguam bela dan peguam cara yang mengguna khidmatnya; dan

(iii)

alamat utama atau alamat lain yang dia menjalankan amalan di Malaysia;

(b)

Sijil Tahunan terakhir atau salinannya yang sebenar, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh Majlis Peguam; dan

(c)

fi yang ditetapkan, dan Pendaftar hendaklah apabila berpuas hati bahawa semua dokumen yang perlu adalah teratur dan bahawa nama firma yang di bawahnya peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan ada dalam daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 85(1) mengeluarkan suatu sijil amalan kepada peguam bela dan peguam cara itu.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), tiap-tiap sijil amalan hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar dan hendaklah sah dari tarikh ia dikeluarkan hingga akhir tahun itu:

Dengan syarat bahawa—

(a)

jika nama peguam bela dan peguam cara dikeluarkan, atau dipotong daripada Daftarai, sijil amalan itu, jika ada, bagi peguam bela dan peguam cara itu hendaklah tamat serta-merta dan tarikh tamatnya itu hendaklah dicatatkan oleh Pendaftar dalam Daftar Pengamal;

(b)

jika seorang peguam bela dan peguam cara dihukum menjadi bankrap atau jika suatu perintah penerimaan dibuat terhadapnya, sijil amalan, jika ada, bagi peguam bela dan peguam cara itu hendaklah digantung serta-merta, sehingga kebenaran Majlis Peguam untuk menggunakannya semula didapati.

(3)

Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi dengan sempurnanya subseksyen (1) dalam bulan Januari sesuatu tahun, sijil amalan yang dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan

Profesion Undang-Undang 43

tahun itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari 1 Januari dalam tahun itu.

(4)

Dalam seksyen ini perkataan “tahun” hendaklah bererti tempoh dari 1 Januari dalam mana-mana tahun kalendar hingga 31 Disember dalam tahun kalendar yang sama itu.

Report

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules