Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Bahagian II.

145. Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama peguam bela dan peguam cara

Feedback & support
(1)

Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama semua peguam bela dan peguam cara yang ada dalam daftarai dahulu bersama-sama dengan serta mengikut susunan tarikh mereka masing-masing diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.

172 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(2)

Pada memindahkan nama itu Pendaftar boleh meninggalkan nama mana-mana orang yang diketahui oleh Pendaftar sebagai telah mati atau sebagai biasanya tidak bermastautin di Malaysia.

(3)

Mana-mana orang yang namanya telah ditinggalkan secara salah atau tidak sengaja boleh memohon kepada Pendaftar supaya namanya dimasukkan dalam Daftarai dan atas permohonan itu

Pendaftar hendaklah dengan serta-merta memasukkan nama pemohon itu dalam Daftarai.

(4)

Tiap-tiap orang yang namanya telah dimasukkan dalam

Daftarai di bawah seksyen ini hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dengan sewajarnya di bawah Akta ini.

(5)

Seksyen 107 hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan, atau dipotong, daripada daftarai dahulu.

Report

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules