Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan
32. Pindaan seksyen 117
Feedback & supportSeksyen 117 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dalam proviso—
dengan menggantikan perkataan “apa-apa perjanjian itu” dengan perkataan “perjanjian itu”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam caranya sendiri” perkataan “atau kepada perkongsian guaman liabiliti terhad yang bertindak baginya”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara” perkataan
“atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan
“seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Suatu peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang menyatakan bahawa peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu tidak bertanggungan terhadap kecuaian, atau bahawa peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu hendaklah dilepaskan daripada apa-apa tanggungjawab yang kepadanya peguam bela dan
Undang-Undang Malaysia 46
peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu tertakluk sebagai peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad jika tidak ada peruntukan itu, tidak sah secara keseluruhan.”.