Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan
38. Pindaan seksyen 123
Feedback & supportSeksyen 123 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Hak mengenakan caj ke atas harta untuk mendapatkan kos”;
dengan memasukkan selepas perkataan “seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”;
dengan memasukkan selepas perkataan “mengisytiharkan peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;
dengan menggantikan perkataan “kos peguam bela dan peguam cara itu yang ditetapkan” dengan perkataan
“kos peguam bela dan peguam cara atau kos perkongsian guaman liabiliti terhad yang ditetapkan”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “terhadap peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”.