Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan
124. “Larangan membawa guaman untuk mendapatkan kos sehingga telah diserahkan bil kos
Feedback & supportTertakluk kepada Akta ini, tiada peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, memulakan atau mengekalkan apa-apa tindakan untuk mendapatkan kembali apa-apa kos yang
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
51
kena dibayar bagi apa-apa urusan yang dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, sehingga tamat tempoh tiga puluh hari selepas peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu menyerahkan bil kos itu kepada pihak yang ke atasnya hendak dipertanggungkan kos itu, melalui pos atau dengan cara elektronik, atau ditinggalkan kepadanya, di pejabatnya atau di tempat perniagaannya, di rumah kediamannya atau di tempat tinggalnya yang akhir diketahui.
Bil kos di bawah subseksyen (1)—
hendaklah ditandatangani—
oleh peguam bela dan peguam cara itu;
dalam hal perkongsian atau perkongsian guaman liabiliti terhad, oleh mana-mana pekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan nama atau gelaran perkongsian itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu;
atau
oleh peguam bela dan peguam cara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam cara yang disebut dalam subperenggan (i)
atau oleh perkongsian itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang disebut dalam subperenggan (ii); atau
hendaklah dilampirkan dalam atau disertakan dengan, suatu surat yang ditandatangani oleh orang yang disebut dalam perenggan (a), yang merujuk kepada bil kos itu.
Jika suatu bil kos telah diserahkan mengikut subseksyen (1), bil kos itu hendaklah dianggap bil kos bona fide yang mematuhi Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.”.
Undang-Undang Malaysia 52