Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan
33. Pindaan seksyen 118
Feedback & supportSeksyen 118 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“peguam bela dan peguam cara itu dibayar balik olehnya,”
dengan perkataan “peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu dibayar balik oleh peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu,”; dan
dalam perenggan (7)(b)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara itu” perkataan
“atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan
dengan menggantikan perkataan “memerintahkannya membayar balik amaun yang diterimanya sedemikian” dengan perkataan “memerintahkan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu untuk membayar balik amaun yang diterima sedemikian”.