Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Hak Berhubung Dengan Reka Bentuk Susun Atur dan Pelanggaran

12. Pelanggaran tidak salah

Feedback & support
(1)

Hak seseorang pemegang hak dalam reka bentuk susun atur terlindung tidak dilanggar oleh seseorang yang mengeksploitasikan secara perdagangan, atau memberi kuasa pengeksploitasian secara perdagangan—

(a)

salinan reka bentuk susun atur terlindung;

(b)

litar bersepadu yang tidak diberi kuasa, yang merupakan litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu; atau

(c)

barang yang mengandungi litar bersepadu yang tidak diberi kuasa yang disebut dalam perenggan (b), jika, pada masa orang itu memperoleh salinan, litar bersepadu atau barang itu, orang itu tidak tahu, dan tidak dengan semunasabahnya dapat dijangkakan akan tahu, bahawa salinan itu tidak diberi kuasa, bahawa litar bersepadu itu tidak diberi kuasa atau bahawa barang itu mengandungi litar bersepadu yang tidak diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

14

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) menyedari atau dengan semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyedari bahawa salinan itu tidak diberi kuasa, bahawa litar bersepadu itu tidak diberi kuasa atau bahawa barang itu mengandungi litar bersepadu yang tidak diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, subseksyen (1) hendaklah terhenti terpakai bagi mana-mana pengeksploitasian secara perdagangan salinan, litar bersepadu atau barang itu selepas itu melainkan jika orang itu membayar kepada pemegang hak apa-apa saraan—

(a)

yang dipersetujui antara orang itu dengan pemegang hak itu;

(b)

yang ditentukan melalui kaedah yang dipersetujui antara orang itu dengan pemegang hak itu; atau

(c)

jika tidak ada persetujuan, yang ditentukan oleh Mahkamah

Tinggi atas permohonan sama ada orang itu atau pemegang hak itu.

(3)

Jika saraan yang disebut dalam subseksyen (2) ditentukan oleh Mahkamah Tinggi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(c), saraan yang kena dibayar hendaklah suatu saraan yang mencukupi mengikut hal keadaan kes, dengan mengambil kira apa-apa royalti yang dengan semunasabahnya kena dibayar di bawah sesuatu lesen yang dirundingkan secara bebas berkenaan dengan reka bentuk susun atur terlindung itu.

Report

Bahagian IV

Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur

Bahagian V

Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

Bahagian VI

Pelbagai