Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Hak Berhubung Dengan Reka Bentuk Susun Atur dan Pelanggaran
17. Anggapan perlindungan dan pemegang hak
Feedback & supportDalam mana-mana tindakan untuk menguatkuasakan hak seseorang pemegang hak di bawah Bahagian ini, hendaklah dianggap, melainkan jika defendan menjadikan perkara itu suatu persoalan, bahawa berkenaan dengan reka bentuk susun atur yang menjadi hal perkara tindakan itu—
(a)
reka bentuk susun atur itu adalah suatu reka bentuk susun atur terlindung; dan
(b)
plaintif adalah pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu.