Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Hak Berhubung Dengan Reka Bentuk Susun Atur dan Pelanggaran

15. Perintah bagi penyerahan

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah supaya litar bersepadu atau barang dalam milik, jagaan atau kawalan mana-mana orang diserahkan kepada pemegang hak atau kepada mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi jika pemegang hak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—

(a)

litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung akan dieksploitasikan secara perdagangan; atau 16

Undang-Undang Malaysia

(b)

orang itu tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa barang itu telah atau akan terutamanya digunakan untuk membuat litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung.

(2)

Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat perintah bagi penyerahan melainkan jika Mahkamah Tinggi juga membuat, atau ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa terdapat alasan untuk membuat, suatu perintah di bawah seksyen 16.

(3)

Seseorang yang kepadanya litar bersepadu atau barang yang disebut dalam subseksyen (1) diserahkan hendaklah, jika suatu perintah di bawah seksyen 16 tidak dibuat pada masa perintah di bawah seksyen ini dibuat, menyimpan litar bersepadu atau barang itu sementara menunggu perintah itu dibuat, atau keputusan untuk tidak membuat perintah itu, di bawah seksyen 16.

Report

Bahagian IV

Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur

Bahagian V

Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

Bahagian VI

Pelbagai