Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian II · Rukun Tetangga
13. Akaun bank
Feedback & support(1)
Semua wang yang diterima oleh Jawatankuasa Kawasan
Rukun Tetangga hendaklah didepositkan ke dalam suatu akaun bank di bawah nama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu.
(2)
Jawatankuasa
Kawasan
Rukun
Tetangga hendaklah menyebabkan akaun dan rekod aktivitinya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(3)
Penyata akaun bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah diperiksa setiap tahun oleh dua orang pemastautin yang dilantik dari kalangan dan oleh pemastautin dalam Kawasan itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 751