Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian II · Rukun Tetangga
7. Pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
Feedback & supportSeseorang Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penetapan sesuatu Kawasan di bawah seksyen 5 atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah, melantik berkenaan dengan Kawasan itu suatu
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang merangkumi pemastautin, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah.
Pengarah hendaklah, selepas berunding dengan anggota
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, melantik dari kalangan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga—
seorang Pengerusi;
seorang Timbalan Pengerusi;
seorang Setiausaha;
seorang Penolong Setiausaha; dan
seorang Bendahari.
Rukun Tetangga 9
Seseorang tidak layak dilantik sebagai anggota Jawatankuasa
Kawasan Rukun Tetangga jika—
dia belum mencapai umur lapan belas tahun;
dia seorang bankrap belum lepas;
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
dia bukan warganegara atau pemastautin tetap; atau
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.
Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.