Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2020Read it in English

Bahagian II · Rukun Tetangga

14. Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga

Feedback & support
(1)

Menteri boleh menubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun

Tetangga” untuk menyelaras dan menasihati Pengarah mengenai semua perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga dan untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.

(2)

Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

sekurang-kurangnya seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang Setiausaha; dan

(d)

sekurang-kurangnya dua puluh anggota lain.

(3)

Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun

Tetangga di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

Report

Bahagian III

Skim Rondaan Sukarela

Bahagian IV

Pelbagai