Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian II · Rukun Tetangga
8. Fungsi dan tugas Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
Feedback & supportJawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:
untuk menjalankan apa-apa akitiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam
Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 751
untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;
untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat;
dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.