Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2020Read it in English

Bahagian III · Skim Rondaan Sukarela

18. Tugas anggota Skim Rondaan Sukarela

Feedback & support
(1)

Anggota Skim Rondaan Sukarela hendaklah mempunyai tugas yang berikut:

(a)

tugas meronda di dalam Kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga;

(b)

tugas mengawal di Pusat Kawasan pada apa-apa waktu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah; dan

(c)

tugas mengawal di mana-mana premis, tempat atau lokasi di dalam Kawasan sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pengarah.

(2)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal hendaklah menjalankan tugasnya dalam kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua anggota dalam satu kumpulan.

(3)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela hendaklah menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal tidak lebih daripada dua kali dalam satu bulan.

Report