Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian III · Skim Rondaan Sukarela
20. Masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji
Feedback & supportJika anggota Skim Rondaan Sukarela merupakan seorang pekerja kepada mana-mana orang dan anggota itu menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua jam berturut-turut selepas tengah malam, anggota itu, tertakluk kepada persetujuan bertulis majikan terlebih dahulu, hendaklah diberi masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji oleh majikannya mengikut subseksyen (2), dengan syarat bahawa masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji itu tidak boleh melebihi empat jam.
Masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji di bawah subseksyen (1)—
hendaklah diberikan mengikut tempoh masa sebenar tugas meronda atau tugas mengawal pada sebelah pagi pada hari itu;
tidak boleh dibawa pada sebelah petang pada hari itu atau pada hari yang berikutnya;
hendaklah bermula pada waktu bekerja biasa pekerja itu atau mengikut apa-apa perkiraan lain yang dipersetujui oleh
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 751
majikan selepas berunding dengan Pengerusi Jawatankuasa
Kawasan Rukun Tetangga;
tidak boleh dikumpulkan untuk disifatkan sebagai cuti; dan
hendaklah luput jika tidak digunakan.
Walau apa pun subseksyen 18(3), seseorang pekerja boleh menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal lebih daripada dua kali dalam satu bulan atas permintaan Pengerusi Jawatankuasa
Kawasan Rukun Tetangga dan dengan persetujuan bertulis majikan terlebih dahulu dan dalam hal itu pekerja itu berhak untuk diberi masa rehat atau pelepasan waktu bekerja dengan bergaji mengikut subseksyen (2) dan (3).
Pembatalan Skim Rondaan Sukarela