Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2020Read it in English

Bahagian III · Skim Rondaan Sukarela

19. Tatakelakuan anggota Skim Rondaan Sukarela

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang, semasa menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal—

(a)

dengan sengaja memberikan maklumat palsu mengenai apa-apa perkara;

(b)

melanggar perintah atau arahan sah Pengarah atau

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga;

(c)

melakukan apa-apa perbuatan yang lucah, buruk atau menghina;

Rukun Tetangga 15

(d)

menggunakan bahasa yang lucah, buruk atau menghina;

(e)

bertindak secara tidak bertanggungjawab seperti tidur, berjudi atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah;

(f)

bertindak secara cuai; atau

(g)

melakukan apa-apa perbuatan yang memudaratkan kebajikan Kawasan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report