Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2020Read it in English

Bahagian III · Skim Rondaan Sukarela

16. Perjalanan Skim Rondaan Sukarela

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah hendaklah menghendaki supaya Skim

Rondaan Sukarela dimulakan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun

Tetangga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh kelulusan di bawah seksyen 15 atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Jika perjalanan Skim Rondaan Sukarela itu tidak dimulakan dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), kelulusan di bawah seksyen 15 hendaklah luput.

(3)

Jawatankuasa

Kawasan

Rukun

Tetangga adalah bertanggungjawab bagi Skim Rondaan Sukarela di dalam Kawasan itu.

Report