Skip to content
ActIn force

Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2023
Sections
5
Languages
MS · EN

Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 is Malaysia Act, cited as Act 847 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.

Front matterCover and publication detailsOpen

(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 847

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 847

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

9 Jun 2023

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

16 Jun 2023

Hakcipta Pencetak H

Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat

(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 847

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Semakan Hukuman

Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara

Mahkamah Persekutuan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan mengenai hukuman mati

(1)

Sekiranya suatu hukuman mati dikekalkan atau dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan di bawah Kanun Keseksaan

[Akta 574], Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Senjata Api

(Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37], Akta Dadah Berbahaya 1952

[Akta 234] dan Akta Penculikan 1961 [Akta 365] sebelum

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 847

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 847

permulaan kuat kuasa Akta ini dan walaupun permohonan bagi pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah ditolak, Mahkamah Persekutuan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kuasa untuk mengkaji semula hukuman berikutan pindaan yang dibuat melalui Akta Pemansuhan

Hukuman Mati Mandatori 2023.

(2)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Persekutuan tidak boleh mengkaji semula sabitan terhadap mana-mana orang yang telah dihukum mati.

(3)

Bagi maksud mengkaji semula hukuman mati, Mahkamah

Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan, jika ada.

(4)

Setelah mengkaji semula permohonan itu, Mahkamah

Persekutuan hendaklah mengekalkan atau menggantikan hukuman pemohon mengikut Kanun Keseksaan, Akta Senjata 1960,

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Dadah

Berbahaya 1952 dan Akta Penculikan 1961 sebagaimana yang dipinda melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Permohonan bagi kajian semula hukuman mati

(1)

Bagi maksud subseksyen 2(1), mana-mana orang yang telah dihukum mati boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Persekutuan hendaklah mengkaji semula hukuman mati itu.

(3)

Mahkamah Persekutuan boleh melanjutkan masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) sekiranya Mahkamah

Persekutuan menimbangkan bahawa ada sebab yang baik untuk berbuat demikian.

(4)

Apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat sekali oleh orang itu.

Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat

(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan)

7

Bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan mengenai hukuman pemenjaraan sepanjang hayat

(1)

Walaupun jika suatu permohonan bagi pengampunan telah ditentukan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,

Mahkamah Persekutuan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kuasa untuk mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat mana-mana orang yang sedang menjalani hukuman itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan telah menghabiskan segala prosiding kehakiman yang lain sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Persekutuan hanya boleh mengkaji semula tempoh hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

(3)

Bagi maksud menentukan tempoh hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, Mahkamah Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan, jika ada.

(4)

Setelah mengkaji semula permohonan itu, Mahkamah

Persekutuan hendaklah menggantikan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dengan hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun.

(5)

Bagi maksud Akta ini, “pemenjaraan sepanjang hayat”

bermaksud pemenjaraan sehingga kematian orang yang terhadapnya hukuman itu dijatuhkan.

Permohonan bagi kajian semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat

(1)

Bagi maksud subseksyen 4(1), mana-mana orang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 847

(2)

Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Persekutuan hendaklah mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat itu.

(3)

Mahkamah Persekutuan boleh melanjutkan masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) sekiranya Mahkamah Persekutuan menimbangkan bahawa ada sebab yang baik untuk berbuat demikian.

(4)

Apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat sekali oleh orang itu.

Common questions

What is Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023?
Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 is Malaysia Act, cited as Act 847 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
Is Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 still in force?
Yes — Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 is currently in force.
When did Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 take effect?
Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 was first recorded in 2023.
How many sections does Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 have?
Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023?
The official text of Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.