Skip to content

Seksyen 4

of Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023

ActIn forceProvision 4 of 5

Seksyen 4

(1)

Walaupun jika suatu permohonan bagi pengampunan telah ditentukan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,

Mahkamah Persekutuan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kuasa untuk mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat mana-mana orang yang sedang menjalani hukuman itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan telah menghabiskan segala prosiding kehakiman yang lain sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Mahkamah Persekutuan hanya boleh mengkaji semula tempoh hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

(3)

Bagi maksud menentukan tempoh hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, Mahkamah Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan, jika ada.

(4)

Setelah mengkaji semula permohonan itu, Mahkamah

Persekutuan hendaklah menggantikan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dengan hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun.

(5)

Bagi maksud Akta ini, “pemenjaraan sepanjang hayat”

bermaksud pemenjaraan sehingga kematian orang yang terhadapnya hukuman itu dijatuhkan.