Seksyen 3
Permohonan bagi kajian semula hukuman mati
Bagi maksud subseksyen 2(1), mana-mana orang yang telah dihukum mati boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Persekutuan hendaklah mengkaji semula hukuman mati itu.
(3)
Mahkamah Persekutuan boleh melanjutkan masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) sekiranya Mahkamah
Persekutuan menimbangkan bahawa ada sebab yang baik untuk berbuat demikian.
(4)
Apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat sekali oleh orang itu.
Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat
(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan)
7
Bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan mengenai hukuman pemenjaraan sepanjang hayat