Seksyen 2
Bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan mengenai hukuman mati
Sekiranya suatu hukuman mati dikekalkan atau dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan di bawah Kanun Keseksaan
[Akta 574], Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Senjata Api
(Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37], Akta Dadah Berbahaya 1952
[Akta 234] dan Akta Penculikan 1961 [Akta 365] sebelum
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 847
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 847
permulaan kuat kuasa Akta ini dan walaupun permohonan bagi pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah ditolak, Mahkamah Persekutuan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kuasa untuk mengkaji semula hukuman berikutan pindaan yang dibuat melalui Akta Pemansuhan
Hukuman Mati Mandatori 2023.
(2)
Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Persekutuan tidak boleh mengkaji semula sabitan terhadap mana-mana orang yang telah dihukum mati.
(3)
Bagi maksud mengkaji semula hukuman mati, Mahkamah
Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan, jika ada.
(4)
Setelah mengkaji semula permohonan itu, Mahkamah
Persekutuan hendaklah mengekalkan atau menggantikan hukuman pemohon mengikut Kanun Keseksaan, Akta Senjata 1960,
Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan Akta Penculikan 1961 sebagaimana yang dipinda melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.