Seksyen 5
Permohonan bagi kajian semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat
Bagi maksud subseksyen 4(1), mana-mana orang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 847
(2)
Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Persekutuan hendaklah mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat itu.
(3)
Mahkamah Persekutuan boleh melanjutkan masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) sekiranya Mahkamah Persekutuan menimbangkan bahawa ada sebab yang baik untuk berbuat demikian.
(4)
Apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat sekali oleh orang itu.