Skip to content

Seksyen 10

Pusat asuhan kanak-kanak

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 10 of 35
Seksyen 10
(1)

Jika terdapat pekerja yang menetap di tempat pekerjaan dan pekerja sedemikian mempunyai tidak kurang daripada lima orang tanggungan di bawah umur empat tahun yang tinggal bersama-sama mereka, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah,

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 17

menghendaki supaya majikan kepada pekerja itu membina di tempat pekerjaan itu dalam masa yang munasabah sebagaimana yang boleh ditentukan dalamnya suatu pusat asuhan kanak-kanak yang saiznya dapat menempatkan apa-apa bilangan tanggungan pekerja sebagaimana yang ditentukan dalamnya, dan apabila dikehendaki berbuat demikian, majikan hendaklah membina pusat asuhan kanak-kanak itu dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa apa-apa pengurangan berikutnya dalam bilangan tanggungan selepas perintah itu dikeluarkan tidaklah menidaksahkan perintah itu.

(2)

Majikan hendaklah menyenggarakan pusat asuhan kanak-kanak dan hendaklah menempatkan di dalamnya tanggungan pekerja semasa tempoh pekerja itu keluar bekerja untuk majikan:

Dengan syarat bahawa dia tidak boleh menempatkan di dalamnya tanggungan yang lebih daripada apa-apa bilangan yang ditentukan dalam kehendak yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Pada setiap hari seseorang tanggungan ditempatkan di pusat asuhan kanak-kanak, dia hendaklah disediakan oleh majikan atas perbelanjaannya sendiri dengan bekalan susu dalam kuantiti yang mencukupi dan kualiti yang baik, serta kelengkapan permainan.

(4)

Seorang majikan yang tidak mematuhi peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.