Skip to content

Seksyen 12

Dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 12 of 35
Seksyen 12
(1)

Ketua Pengarah boleh, melalui perintah, menghendaki majikan di mana-mana tempat pekerjaan jika terdapat tidak kurang daripada satu ratus orang pekerja yang menetap di tempat pekerjaan itu—

(a)

supaya membina di tempat pekerjaan itu, dalam masa yang munasabah sebagaimana yang ditentukan, suatu dewan komuniti yang dapat menempatkan apa-apa bilangan orang sebagaimana yang ditentukan; dan

(b)

supaya menyediakan kemudahan bagi sukan dan aktiviti rekreasi lain sebagaimana yang ditentukan.

(2)

Majikan hendaklah menyenggarakan dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain itu dalam keadaan yang memuaskan.

(3)

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Tiada sewa atau caj boleh dilevikan bagi faedah di bawah

Bahagian ini