Skip to content

Seksyen 9

Bangunan yang asalnya tidak dibina bagi perumahan pekerja

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 9 of 35
Seksyen 9
(1)

Suatu bangunan yang asalnya dibina bagi maksud selain perumahan pekerja tidak boleh digunakan untuk, atau ditukarkan bagi maksud, perumahan pekerja melainkan jika suatu permohonan bagi maksud itu telah dibuat kepada dan diluluskan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Permohonan yang dikehendaki dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disertakan dengan satu pelan tapak bangunan dan satu pelan yang menunjukkan butir-butir tentang bangunan atau tentang pertukaran yang dicadangkan dibuat kepadanya dan subseksyen 7(2)

dan (3) hendaklah terpakai bagi pelan sedemikian sebagaimana ia terpakai bagi pelan suatu bangunan atau tapak bangunan yang disebut dalam seksyen itu.