Skip to content

Seksyen 7

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 7 of 35

Seksyen 7

(1)

Berhubungan dengan suatu bangunan yang hendak dibina atau ditukar bagi perumahan pekerja atau bagi kegunaan sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti, hendaklah dikemukakan oleh majikan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan pihak berkuasa yang meluluskan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) pelan bangunan dan pelan tapaknya, dan tiada kerja yang berhubungan dengan bangunan itu boleh dimulakan melainkan jika dan sehingga pelan yang dikemukakan itu telah diluluskan.

(2)

Pihak berkuasa yang meluluskan yang disebut terdahulu hendaklah—

(a)

dalam hal pelan suatu bangunan, Ketua Pengarah; dan

(b)

dalam hal pelan suatu tapak bangunan, dan perkiraan sanitari, Pegawai Perubatan Kesihatan.

(3)

Bagi maksud menjamin bahawa standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi, pihak berkuasa yang meluluskan boleh meluluskan pelan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat (termasuklah perubahan pelan itu) sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan ke atasnya.

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 15